Pengalaman

Assalamualaikum…

Hari nie aku nak bercerita sikit tentang pengalaman,pengalaman yang korang pernah lalui dalam kehidupan korang masing2.Kata orang tanpa pengalaman kita takkan menjadi matang untuk menempuh hidup yang penuh pancaroba ini..dan dengan pengalamanlah kita dapat meneruskan hidup kita sampai sekarang..

Ada macam-macam pengalaman yang pernah aku alami sepanjang kehidupan aku didunia ini.Ada pengalaman bercinta,putus cinta,pengalaman dari keluarga yang porak peranda, pengalaman di timpa musibah kehilangan sahabat dan ahli keluarga tersayang,pengalaman mencuri mengusik anak dara orang dan sebagainya.

Bagi aku itu semua suatu kenangan manis dan pahit yang tak dapat dilupakan.Bila citer bab pengalaman nie aku tak dapat nak melupakan sesuatu peristiwa dan itu adalah pengalaman aku sebagai remaja di bangku sekolah lagi..

Aku tak dapat nak kategorikan pengalaman aku nie samada ganas sangat ker atau biasa-biasa aja…mungkin korang nak tahu peristiwa apa yang aku maksudkan tu..??

Peristiwa itu adalah peristiwa membakar kelas dan meranapkan batas tanaman orang lain.hihihi!!

Peristiwa itu berlaku semasa aku baru berpindah dari sekolah agama dikuantan ke sekolah menengah biasa di taiping perak.Masa tu aku budak baik..jentik semut pun tak mati..ramailah awek-awek nak dekat tapi aku malu.Nak dijadikan cerita setelah beberapa bulan belajar disana banyak kejutan budaya yang aku kena dari tak merokok aku jadi merokok dari tak pernah usik perempuan aku dah pandai usik perempuan dan banyak lagi kejutan yang tak boleh nak diceritakan.

Peristiwa bakar kelas itu bermula pada suatu hari diwaktu petang,waktu tu rasanya hari cuti.yang buat projeknya aku dan kawan aku.sebenarnya aku tak terfikir pun nak bakar kelas tapi nak buat macamana suratan dah menetukan ini semua terjadi.Kisah ini bermula apabila aku dan kawan aku berjalan-jalan di koridor sekolah,aku masuk dalam satu kelas tu dan ternampak ada batas jagung yang budak2 buat untuk subjek kemahiran hidup diorang,dek kerana dah nampak buah yang ranum tu aku cadangkan kat kawan aku untuk meninjau hasil tanaman budak lain kira macam supervisela..duk belek punya belek terpetikla satu biji buah,dah lepas satu terpetik lagi satu,dah terpetik lagi satu terpetik lagi dua,petik punya petik habislah buah jagung kat batas yang diusahakan oleh orang lain,risau pun ada masa tu jadi untuk menutup bukti(kata kawan aku) kami pun trpaksa ranapkan semua batas tak ada sebatang pun yang tegak berdiri semuanya gugur rebah kebumi,dengan bangga kami pun blah dari situ…hasilnya yang dipetik tadi korang fikirlah aper yang korang akan buat kalau korang di tempat aku??

Dah selesai meranapkan batas aku dan kawan aku pun naiklah ketingkat 3 bangunan sekolah dan masuk ke kelas sebelah ngan kelas aku.Kat situ aku pun syok arr hisap rokok berdua sambil cover line..hisap punya hisap member aku cakap white board kat belakang tu semak sangat(dia maksudkan papan kenyataan),dia kata banyak artikel yang dah lama so dia pun bakarlah ngan rokok dia tadi,aku pun gatal-gatal pun bakarlah sampah sarap yang dalam meja guru dan pelajar yang menyakitkan mata dengan rokok aku,so penuhlah kelas aku dengan debu kertas yang dibakar dan berjelaga whiteboard macam dibakar maka balikla aku ngan kawan dengan perasaan yang tak bersalah.

Keesokan harinya,aku pergi ke sekolah ngan kawan aku(wat muka selamba aja),tengok2 ramai buda-budak berkerumun kat satu kelas tu,cikgu2 pun ada aku pun buat2la tanya kenapa??diorang cakap kelas kena bakar aku pun cakap ooo…

Mengulang kembali kejadian semalam ader yang aku tertinggal,sebelum aku membakar kertas2 dalam kelas 2 aku da tulis surat cinta kat satu awek dalam kelas tu..aku dah lama minat dia tapi dia x respon pun,jadi untuk membuktikan yang aku mmg minat dia aku pun tulislah surat cinta dengan ayat yang berbunga-bunga dengan menggunakan chewing gum dalam mulut aku buat bentuk love diatas meja dan melekatkan surat cinta tu..tapi aku tak tulis nama cuma bubuh nama samaran aja.

Disebabkan surat cinta tu yang aku kantoi sebenarnya,nak diceritakan dapatlah tahu yang akulah orang yang dicari ramai kantoilah aku waktu tu..kawan aku selamat sbb aku tak pecahkan rahsia,tapi nasib aku baik guru besar tak ke pengetahuan keluarga aku kalau tidak lagi masak aku kena.sebagai hukuman aku disebat sebanyak 10 kali kat punggung di khalayak ramai di perhimpunan siap ikrar lagi takkan mengulangi perkara yang sama depan semua pelajar sekolah(guna microfon) dan dari hari itu aku insaf dan tak buat lagi perangai macam tu dan dari hari itu satu sekolah kenal aku dari yang malu2 menjadi seganas-ganasnya..baik lelaki mahupun perempuan dari form 2 hingga form 5 kenal aku,dan lebih menyeronokkan diorang respek bila orang macam aku berjaya masuk kelas sains dan terus masuk ke sekolah teknik dan bila berjumpa kemesraan dan kenangan lama terungkit kembali…heheheh..tamatlah sudah

P/S: Jadilah manusia yang berguna,sejahat-jahat manusia masih wujud di benak hatinya untuk berubah.Jadi berdoalah untuk kawan-kawan agar mereka berubah menjadi lebih baik,setiap yang kita doakan yang baik2 untuk kawan insyaallah Allah akan doakan yang sama juga untuk kita.



Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: