Keluarga

Mungkin korang nak tahu serba sikit mengenai keluarga aku..aku anak sulong dari 5 orang adik beradik,semuanya lelaki takder pun perempuan tu yang degil sikit.Kecik2 pening kepala mak aku duk menjaga kitorang.

Dulu keluarga aku adalah satu keluarga yang lengkap.Lengkap dari segala-galanya dari kasih sayang hinggalah ke makan minum,tapi itu belum menjamin kebahagian jika kurangnya didikan agama dalam keluarga.Aku bercerita ini bukan untuk menceritakan aib keluargaku sendiri tapi ingin dijadikan iktibar bagi yang membaca dan bagi yang dah berkeluarga.Mungkin korang pernah menjadi kanak-kanak suatu ketika dulu,mungkin korang pernah di belasah ayah2 korang disebabkan kenakalan korang sendiri.

Sepanjang yang aku ingat masa aku kecil2 dulu aku selalu didera oleh ayah aku,leh dikatakan salah sikit kena,silap sikit kena..dek kerana tak tahan asyik dirotan selalulah aku terpaculkan dalam hati dengan berkata”Kalaulah aku takder ayahkan bagus” itulah kata-kata aku bila aku dirotan sampai aku form 1.Bila ayah dirumah aku dan adik2 akan duduk diam jer tak keluar rumah langsung,bila ayahku tiada dirumah dunia bagaikan aku yang punya.Tengoklah betapa garangnya ayah aku sampai anak-anak pun tak berani nak dekat apetah lagi nak tegur..duit sekolah semua mintak kat mak mintak kat abah haram satu sen pun tak bagi.

Dah ditakdirkan tuhan,mungkin disebabkan ucapan aku yang tuhan makbulkan disebabkan aku teraniaya atau mungkin ada sebab2 lain, maka terjadilah pergolakan di dalam rumah tangga disebabkan pergolakan itulah kami sekeluarga ditinggalkan.Aku dan adik2ku ditinggalkan begitu sajer tanpa makan,minum dan kasih sayang,syukurlah mak aku masih bekerja dan dapatlah menyara kami adik beradik.Selama hampir setahun kami ditinggalkan makku bercadang untuk balik ke kampung dan mintak bertukar disana, aku tak dapat bayangkan betapa aku dan adik2 aku terpaksa menaiki teksi untuk naik bas balik ke kampung..masa tu betapa geramnya hati bila memikirkan ayahku yang tidak bertanggungjawab itu.

Setelah aku berpindah ke kampung disanalah aku memulakan hidup baruku..mak aku pun dah tak sesusah macam dulu,di kampung ada saudara mara adik2 aku pun dah x fikir lagi pasal ayah semua diam membisu mungkin diorang taknak cakap depan mak takut mak sedih tapi alhamdulillah kitorang semua dah besar dah 11 tahun berlalu adikku yang bongsu semasa ditinggalkan masih lagi bayi pun dah darjah 6 sekarang,aku pun dah bekerja..

Bila memikirkan balik aper yang aku paculkan dalam hati dengan berkata”Kalaulah aku takder ayahkan bagus” adalah tidak elok sama sekali mungkin masa tu aku dah tak tahan dah..kalau korang rasa takder ayah lebih baik jawapan korang silap,tanpa ayah anak2 akan terkontang-kanting,didikan agama terabai,bebas dan terdedah kepada bahaya dan dugaan.Pernah sekali aku tengok kawan aku bergurau dengan ayah mereka sebak pulak aku rasa dan tak diduga menitis air mata aku memikirkan aku yang tak mempunyai ayah..dah lama ayahku aku tak nampak,entah mati ker entah tidak,xder perasaan ker nak mencari anak2 dia..??itu hanya tuhan yang tahu..dosanya hanya dia dengan tuhan??aku tak dapat nak memberikan jawapan tapi aku tetap marah sampai sekarang kerana sanggup melukakan hati mak dan mengabaikan kami.

Ada hikmah disebalik apa yang terjadi dan aku terima segala ketentuannya,tak semestinya buah yang cantik itu elok isinya kekadang cantik diluar tapi buruk didalamnya.


 
%d bloggers like this: