Impian

Sekarang aku mahu bercerita mengenai impian aku pulak,dalam banyak-banyak impian yang aku mahu hanya dua yang aku minta dimakbulkan.Satu adalah impian untuk kehidupan aku sendiri dan satu lagi adalah untuk tujuan yang selama ini aku idamkan.

Mari baca mengenai impian aku yang pertama ini iaitu impian untuk kehidupan aku…impian yang selama ini aku nanti-nantikan dan mungkin masanya belum tiba lagi.Impian aku ingin mempunyai sebuah keluarga yang bahagia lengkap dengan isteri dan anak-anak.Mungkin sebab aku nie bujang korang akan kata aku nie gatal nak kawin tapi itulah lumrah dunia bila akan tiba suatu masa korang akan merasa bosan dan sunyi hidup bujang nie…maybe tu tanda-tanda nak berumahtangga atau maybe takder aper nak dibuat bila umur semakin meningkat.Mungkin korang pernah rasa bila korang pergi kenduri kawin kawan korang munkin terdetik di hati mengatakan “bilalah aku nak kawin nie??”.Pernah tak korang merasa cemburu bila tengok orang lain bercinta kehulu kehilir dengan pasangan masing-masing bermanja,bermesra dan sebagainya sedangkan korang single dan takder tempat nak bermesra selain kaum sejenis korang.

Bila dilihat balik keindahan ciptaan tuhan ada sebabnya tuhan jadikan seorang wanita itu untuk lelaki,ada hikmah disebaliknya.Bila korang duk membujang korang akan rasa bebas nak kemana takder kawalan apa pun boleh dibuat tapi sampai bila nak jadi macam nie,korang akan rasa bila korang perlukan suatu komitmen yang lebih lagi dalam hidup korang.

Samalah macam aku sekarang,aku walaupun muda lagi tapi aku dah tak seperti budak-budak muda sekarang.Enjoy tetap enjoy tapi tak seligat budak-budak sekarang,aku rasa macam ader kekurangan dalam hidup aku nie rasa macam perlukan sesuatu untuk mengisi kekosongan ini.Tapi alhamdulillah dalam beberapa tahun duk membujang akhirnya bertemu juga aku dengan seorang wanita yang aku anggap terlalu baik bagi aku.Baik dari segi sifatnya dari segi agamanya dan paras rupanya nak dibandingkan aku yang tak encem nie jauh sekali perangai yang x berapa baik.

Mulanya aku ingat dia nie sebagai x lebih dari kawan dan aku tak boleh nak dekati dia disebabkan aku sedar kedudukan aku nie dimana.Aku fikir aku tak sesuai untuknya apatah lagi nak mencuri hatinya.Perkenalan kami bermula bila kawan aku mengajak aku beraya dirumah kawannya dan disitulah aku terpandang wajahnya tapi masa tu belum timbul perasaan apa2, dan bermulalah perkenalan aku dengannya,aku mula mendekati dirinya dan pada mulanya susah untuk aku memahami perangai perempuan ini,macam2 tapi setelah aku mengenalinya baru aku tahu betapa lembut dan manjanya dia dalam kegarangannya.

Sikit demi sikit aku mencuri hatinya dan sedikit itulah aku mula menyayanginya sehingga kini..Alhamdulillah hubungan kami dan hampir dua tahun,bermacam-macam dugaan yang kami tempuhi dan dugaan yang akan mendatang mungkin menggugat hubungan kami.Tapi aku redha dan aku percaya kalau dijadikanya dia untukku maka tetaplah untukku.kalau dia bukan milikku aku rela melepaskannya demi kebahagiannya.Walaupun perit dan sedih aku nanti hanya tuhan yang tahu.Insyaallah kalau jodoh kami panjang tahun depan aku akan melamar dia menjadi isteriku yang sah dan akan membina kehidupan atas dasar cinta,setia dan percaya,amin…

Impianku yang kedua pula adalah untuk membina satu perniagaan secara internet dan akan melakukan hasil usahaku sendiri.Buat masa sekarang aku tak dapat menumpukan untuk semua ini kerana aku sibuk dengan part time study aku.Tapi insyaallah aku akan usaha untuk memenuhi impian aku yang kedua ini setelah habis part time study ni.Walaupun bidang aku lebih kepada kejuruteraan tapi ini tidak menghalang aku daripada meminati bidang ini pula.Aku mahukan kepuasan dan ingin mencuba untuk membuktikan diri aku pun boleh berjaya.Bidang perniagaan internet ini sebenarnya luas terbentang dan kita perlu ada kemahuan untuk berjaya dalam bidang ini.Nanti aku tunjukkan hasil impian aku ini bila sudah nampak hasilnya nanti.Tapi bolehkah internet mendatangkan duit pada kita???tanya diri sendiri boleh ker x??kalau boleh teruskan dengan niat kita kalau tidak pendamkan aja..Orang melayu sebenarnya pun boleh berjaya tapi kebanyakannya lebih bergantung kepada orang lain dibandingkan kaum cina yang berdiri atas usaha mereka sendiri.Fikirkan saper yang boleh merubah hidup kita kalau bukan kita sendiri yang memulakannya yang lain berserah pada Yang Maha Esa.




Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: