Perniagaan internet dari sudut Aku..

Assalamualaikum…

Hari nie aku nak bercerita tentang perniagaan internet yang selalu orang perkatakan atau ceritakan.Dari pemerhatian aku kebanyakan mereka ini berjaya oleh sebab kekreatifan mereka untuk memasarkan produk mereka dan kebanyakannya menjual buku-buku mengenai bagaimana nak menjadi usahawan internet,jutawan internet,dan macam2 lagi mengenai perniagaan internet.

Tapi bila aku memikirkan semua ini ada betulnya dari duduk sahaja bermain internet, chatting,buat blog dan sebagainya apa kata alang2 kita belajar sekali bagaimana nak membuat laman web.Dulu aku pun sama buta IT,tak tahu pun pasal2 website nie,tapi semenjak aku berjinak-jinak dengan blog di http://www.myspace.com aku telah belajar sikit2 macamana nak menggunakan kod html(pada asalnya aku pun tak tahu kod aper 2??)tapi demi untuk bagi page aku cantik aku blajar macamana nak insert lagu,nak buat background bergambar,nak tukar color tulisan dan sebagainya.Lama kelamaan aku pun tahulah sikit2 pasal kot html.Sekarang ada benda baru pulak CSS,PHP,MYSQL dan lain2 pening jugak tapi korang akan berpuas hati bila tengok hasilnya nanti.

Dari aper yang aku blajar kita yang tak pandai tentang website pun boleh buat website yang penting korang minat dan ada kawan yang minat yang sama macam korang.Perniagaan internet nie seronok tapi memerlukan kerja keras untuk menjayakannya,korang kena blajar buat website.

Buat website senang ker susah??Mahal ker nak buat?? itulah pertanyaan yang muncul dalam kepala aku suatu ketika dahulu..aku pernah mencari tapak hosting yang free,website free,blog free,forum free dari situ aku blajar macamana nak guna control panel dia.Aku pun survey jugak tapak2 hosting yang berbayar tgk pakej aper yang diberikan pada kita,brapa harga,dan terkenalkah tapak2 hosting tersebut.

Macam blog WordPress.com ini korang akan blajar macamana nak increase traffic korang,korang akan blajar macamana nak buat page korang di hit oleh orang lain,ini adalah salah satu cara yang perlu korang blajar untuk kesenangan korang bila sudah mempunyai website korang sendiri.

Forum pulak korang akan blajar macamana nak membuat topik perbincangan yang hangat dan dapat memberi manfaat pada pengguna yang lain.Free forum yang bagus untuk korang adalah PHPBB atau IPB.

Tgk senang bukan ada forum free,blog free senang korang nak blajar dan cuba korang fikir apa yang korang blajar nie sia2 atau tidak,korang pernah tak terfikir dari forum atau blog korang boleh buat perniagaan internet.Banyak lagi yang korang perlu explore dan kalau korang berminat nak buat website sendiri korang bacalah artikel aku ini sbb banyak lagi nak aku ceritakan dalam tajuk2 yang akan datang dan kalau korang ada maklumat yang nak dikongsi bersama sama-samalah kita maklumkan untuk tatapan blogger yang lain.

~ oleh mdkhirul di Ogos 27, 2007.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: